Program Operasi dan Perkhidmatan Data Dron 2023

Drone Operations and Data Services Program 2023

Program Operasi dan Perkhidmatan Data Dron bertujuan untuk melengkapi peserta dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk cemerlang dalam industri dron di Malaysia mengikut standard piawaian CAAM – ( Civil Aviation Authority Malaysia ).

Program ini menawarkan dua jenis pensijilan: RCOC-B dan Persijilan Industri Dron mengikut bidang berkatian.

Peserta juga berpeluang untuk mengkhususkan diri dalam pilhan pelbagai bidang, seperti Pertanian Pemetaan Tepat, Analisis Geospatial, dan Pemprosesan & Pengaturcaraan Data.

Tempoh: Program ini direka bentuk untuk fleksibel dan boleh diselesaikan dalam jangka masa yang sesuai dengan jadual peserta. Pensijilan Kompetensi Jauh Asas memerlukan tujuh hari latihan intensif, yang boleh diselesaikan melalui kelas hujung minggu atau program 7 hari secara terus. Pensijilan Perkhidmatan Data Dron Elektif terdiri daripada 14 hari latihan dan juga menawarkan fleksibiliti kelas hujung minggu atau kelas waktu petang.

Modul elektif : Bergantung kepada keperluan industri semasa penempatan pekerjaan.

Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia berketurunan India.
  • Berumur daripada 20 tahun keatas.
  • Diploma /STPM /Sarjana Muda Atau sijil setara yang berkaitan.
  • Sihat tubuh badan dan mental.
  • Terdiri daripada golongan B40( pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,850.00 sebulan) atau M40 (Pendapatan isi rumah dari RM 4,851.00 - RM 10,970.00 Sebulan).
  • Tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang.
  • Pengalaman berkerja dalam industri Dron selama 1 tahun.
  • Mempunyai minat untuk menceburi dalam industri Dron untuk menjana pendapatan.

Register Now

Locate Us

Lot D-00-03A, Putra Majestik Business Centre
Jalan Kasipillay, Off Jalan Sultan Azlan Shah,
51200 Kuala Lumpur, Malaysia

© Mitradrone 2023 all rights reserved